Whats up guys !

Alamak, tak cantiklah tengok muka ada bintik-bintik hitam. Elok dah muka tak berjerawat tapi, naik pula jeragat. Jom tahu punca dan cara atasi masalah jeragat.

Jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri dan memberi kesan terhadap penampilan serta keyakinan dalam diri seseorang.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JERAGAT

1. Terdedah kepada sinaran Matahari (Sinar UV)

Jeragat biasanya disebabkan oleh melanin pada kulit kita. Melanin ialah sel-sel kulit mati yang ada di muka terutama dibahagian pipi, hidung, sekitar mulut dan dahi. Sinaran matahari mengandungi sinaran Ultraviolet (UV) yang boleh merosakkan sel-sel kulit kita sekiranya terdedah di bawah sinaran matahari terlalu lama. Semakin banyak terdedah dengan matahari semakin banyak jeragat yang keluar.



 2. Suhu Panas

Selain sinar UV, suhu yang tinggi pada kulit juga akan menyebabkan melanin meningkat dan ia bermaksud bahawa jika kita tinggal di persekitaran kawasan yang panas, atau melakukan sesuatu yang membuat kulit terasa panas ia akan menyebabkan jeragat makin banyak. Terutamanya di Malaysia sepanjang tahun adalah musim panas. Jadi dengan cuaca yang panas terik ditambah dengan rutin harian yang sibuk ramai diantara kita tiada masa untuk menjaga kesihatan kulit muka. Penjagaan kulit secara konsisten sangat penting bagi mengekalkan kesihatan kulit dan mengelakkan dari sebarang masalah di masa akan datang.

3. Perubahan Hormon

Jeragat juga boleh terjadi akibat dari perubahan hormon. Misalnya seseorang itu mengambil pil perancang kehamilan dan semestinya hormon akan terganggu mengalami perubahan.

Oleh itu, salah satu cara untuk mengelakkan kulit kita dari terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, pastikan kita memakai sunscreen ketika keluar dari rumah.

CARA MERAWAT DAN ATASI JERAGAT DENGAN 2 LANGKAH - CONTROL & PROTECT

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah jeragat yang disebabkan oleh kulit kita sering terdedah kepada sinar UV & suhu tinggi (panas) pada kulit. Oleh itu, kulit kita memerlukan rutin penjagaan kulit harian dengan 2 perkara iaitu Control & Protect.

Langkah 1 - Control (Pelembap Muka Aqua Whitening Cream)

Ia bermaksud kawalan jeragat di mana kita boleh menggunakan pelembap untuk melegakan kerengsaan pada kulit. Selepas menggunakan pelembap pada kulit, kita perlu mengurut kulit dengan lembut. Pelembap berasaskan air dari Aqua Whitening Cream memberikan kesegaran pada kulit, menjadikan kulit terasa sejuk dan lembap.



Dengan menggunakan pelembap ini ia dapat memberikan kelembapan ke dalam kulit, sehingga menurunkan suhu kulit sensitif yang disebabkan oleh aktiviti harian yang terdedah dengan sinar UV.  Selain itu, Aqua Whitening Cream ini juga mempunyai 100% bahan "Niacinamide" yang juga dikenali sebagai Vitamin B3 yang dapat meningkatkan kelembutan kulit, dan mencerahkan kulit.



Jadi, ini adalah langkah untuk mengawal pertumbuhan melanin bintik-bintik yang lebih gelap terutama di bahagian muka.

Fungsi Aqua Whitening Cream

 
  • Kesan penghidratan yang unik
  • Menyegarkan semula kulit
  •  "Water drop" memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit
  • Mempunyai agen pemutihan pada kulit
  • Merawat kesan sunburn atau kulit kemerah-merahan.

Tekstur



Aqua Whitening Cream mempunyai tekstur yang lembut dan smooth jer tau serta mudah sangat ia meresap ke dalam kulit. Krim pelembap ini berwarna putih dan ia ringan sehingga boleh membentuk water drop. Selepas sapuan, ia mudah meresap ke dalam kulit sebab water drop based dan tidak melekit. Pakai waktu malam.


Langkah 2 - Protect (Day Cream Gold Nano CC Cream)

Adalah bermaksud melindungi kulit daripada jeragat. Nora recommended dekat korang produk dari Hansaegee Nature iaitu "Gold Nano CC Cream", nak tahu kenapa? CC Cream dari Hansaegee ni digunakan pada waktu siang sebagai "Pelindung Matahari", kerana ia memiliki SPF 50+ PA +++ yang melindungi kulit dari UVA & UVB. Seperti yang Nora kongsikan di perkara No.1 di atas, sinar UV yang menyebabkan melanin banyak tumbuh dimuka.


Jadi selain daripada mengawal kulit, kita juga perlu melindungi kulit daripada bertambah banyak melanin yang menyebabkan lebih banyak jeragat. Jadi Sunscrren Gold Nano CC Cream mesti digunakan setiap hari walaupun kita berada di rumah atau bangunan kerana UVB dapat melalui ruang yang terdedah sepeti melalui pintu dan tingkap. Penggunaan setiap hari sekurang-kurangnya (minimum) perlu menggunakan semula pelindung matahari sebanyak 2 kali sehari.



Fungsi Gold Nano CC Cream

 

Digunakan di kawasan muka dan leher kerana mempunyai fungsi seperti berikut :

  • Mencerahkan kulit
  • Melambatkan proses penuaan
  • Kulit kelihatan natural, glowing dan flawless
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Melegakan keradangan kulit

Tekstur


Krim ini pada asalnya berwarna putih, tetapi ia mempunya bintik-bintik halus berwarna coklat dan bila kita blend menggunakan jari ia akan berubah warna mengikut tona kulit muka secara semulajadi. Gold Nano CC Cream ini berbentuk krim muka dan sejenis krim mild light sahaja.

My Thoughts

So far Nora suka sangat dengan moisturizer ni sebab tak melekit lepas apply dekat muka. Paling best ada fungsi whitening dan bila apply ada rasa macam cooling sikit rasa smooth dan soothing je. Sangat sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan mudah kena sunburn. Lagi sekarang musim cuaca panas, membantulah sikit kulit muka ni kan daripada sunburn dan jeragat.

Gold Nano Cc Cream dari Hansaegee Nature memudahkan Nora untuk bersiap sebelum pergi kerja hanya calit sahaja dan sapu sekata sudah cukup nampak natural dan glowing. Nora just tambah sedikit maskara, blusher, lipstik dan tidak lupa lukis sedikit kening, happy sepanjang hari.

Nora suka dengan CC Cream ni sebab packaging yang mudah di bawa ke mana sahaja. Penutup pula adalah jenis twist lock dapat melindungi dan mengelakkan krim terkeluar dari bekas. So, tak adalah beg korang kotor atau comot kesan dari krim.

Sebagai ibu dan isteri, merawat kulit setiap hari dengan betul merupakan langkah penjagaan kulit, maka masalah ini hanya dapat diselesaikan sekiranya kita memandang berat akan masalah kulit muka akibat jeragat.


Nowdays, ramai di antara kita sibuk dengan rutin dan memerlukan masa yang pantas untuk bersiap sebelum keluar bekerja atau mengikuti sebarang aktiviti.

Oleh itu, Nora sedikit sebanyak kongsikan kedua-dua produk ini bagaimana menyelesaikan masalah jeragat dengan hanya 2 langkah mudah akan rutin penjagaan kulit setiap hari. Bagi korang yang suka solekan tipis, simple dan nampak natural, Gold Nano CC Cream dan Aqua Whitening crem  dari Hansaegee Nature adalah terbaik untuk korang cuba.

 So, Nora berpuas hati menggunakan kedua-dua produk dari Hansaegee nature.



Brand : Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG Page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB Page: http://www.facebook.com/HansaegeeNature/

Youtube Page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

16 Comments

  1. Bila cakap pasal kulit jeragat baru sis teringat tak pakai lagi krim tabir suria...hehe. Kulit muka ni kena jaga juga sebab kita kan berdepan dengan orang. Kalau kulit muka tak dijaga takut tak confident nak berinteraksi dengan orang lain kan...

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing. Recently I have started take care of my skin properly too to avoid jeragat and other issues.

    ReplyDelete
  3. baru tau kalau perubahan hormon pun boleh jadi jeragat. thanks share. sangat bermanfaat artikel ni

    ReplyDelete
  4. Rawlins suka betul dengan Day Cream Gold Nano CC Cream sebab ianya membantu dipakai seharian kan. Nice!

    ReplyDelete
  5. Yessss inilah dia masalah yang membelenggu diriku ini. Jeragat dan tona kulit tak sekata. Tq for sharing sis, boleh la consider ni :)

    ReplyDelete
  6. Saya takde masalah jeragat, cuma parut jerawat je. Tapi sama la kan, hyper pigmentation juga. Mungkin boleh cuba produk ni.

    ReplyDelete
  7. Marina pon guna produk hansaegee ni. Memang best guna.tak berminyak

    ReplyDelete
  8. kulit muka jeragat tu saya punya masalah jugak sebab kulit mudah naik bintik2 hitam. kena rajin bubuh sunblock.maybe boleh cuba dua produk nie nanti

    ReplyDelete
  9. Yaaa memang bagus ni.. Sis smapai laa ni masih guna CC Cream dia.. mudah, lagi duk rumah ni, guna CC Cream tu je laaa..

    ReplyDelete
  10. Aqua Whitening Cream ni Eiza pernah cuba. Memang best. CC Cream dia je yang tak pernah cuba. Untuk cegah jeragat, Sunblock jangan lupa pakai walaupun kita duduk di rumah.

    ReplyDelete
  11. Looks good ya this product! dulu Nell tak pakai pun sunscreen, confident jer commute to work with bare face! nasib takde masalah jeragat but after attend facial class, baru tahu betapa pentingnya kena ada sunscreen walaupun kat rumah.. kita terdedah kepada segala UV lights

    ReplyDelete
  12. Kalau produk Hansaegee ni memang takleh nak dipertikaikan la . Sal berani cakap sebab dah pakai dan memang berkesan. Scar pun makin pudar. Yang penting rajin !

    ReplyDelete
  13. Jeragat ni selalu jadi kalau tak pakai sunscreen, sebab tu penting sekrang jaga kulit sebelum jadi kan.

    ReplyDelete
  14. Akk dah guna produk nj.. mmg best yg penting dia x melekit dan cepat meresap

    ReplyDelete
  15. Nice skin you have! I am yet to try this famous skin care brand yet

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing this info, i read many good reviews about this Aqua Whitening Cream and CC Cream also.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿