Assalamualaikum.
Salam Syawal 1442H, Lebaran PKP 3.0

Sebagai ibu yang mempunyai bayi berumur 6 bulan pasti excited untuk beri anak makan. Yelahkan start umur 6 bulan bayi dah boleh makan tetapi teksture jenis puree.

Sebagai persediaan dalam menu masakan baby Aakif, Nora start buat beberapa stock bagi memudahkan Nora untuk masak. Yelah ibu bekerja kena pandai uruskan masa.

Sebagai bahan perasa original tanpa bahan perasa tambahan yang lain, Nora sediakan MIREPOIX untuk dimasak bersama bubur Aakif. Mirepoix ni merupakan salah satu bahan perasa untuk menaikkan lagi selera anak dan menyedapkan lagi rasa makanan serta berkhasiat.

Apa Itu Mirepoix?

Yang ni Nora google dan join dalam group baby di facebook. Untuk makluman Mirepoix adalah perasa asli yang disediakan untuk memasak merangkumi saderi (celery), bawang dan lobak.

Mirepoix ni senang kata makanan perasa tambahan yang sering digunakan dalam masakan seperti stew, perapan dan lain-lain.

Resepi Mirepoix Untuk Si Manja

Mudah sangat, hanya 3 bahan sahaja yang digunakan dalam mirepoix untuk bayi iaitu bawang holland, lobak merah dan saderi.

Formula nisbah bagi ketiga-tiga bahan ini adalah 2:1:1 cawan / mangkuk.

Bahan-bahan

  • 2 cawan Bawang Holland
  • 1 cawan saderi (celery)
  • 1 cawan lobak merah (carrot)
  • 2 sudu besar minyak zaitun I'm

Cara-cara:

  1. Potong dadu semua bahan di atas. (Seeloknya potong bahan dalam saiz yang lebih kurang sama supaya waktu masak dia sama.)
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan hingga kekuningan menggunakan api kecil.
  3. Tunggu hingga bahan naik bau dan agak layu. Tak perlu terlalu lama.
  4. Sejukkan seketika.
  5. Kisarkan semua bahan tersebut.
  6. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan simpan di bahagian sejuk beku.
  7. Bila nak tumis makanan bayi, boleh campurkan mirepoix dalam masakan sebagai penyedap rasa. (Contohnya boleh campur dalam bubur baby, lauk ayam, pasta dan sebagainya.)

Mirepoix Untuk Si Manja & Khasiatnya

Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi, contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.


Khasiat mirepoix terletak pada bahan utamanya iaitu bawang, lobak dan saderi.

1. Bawang

  • Bawang bukan sahaja menambahkan rasa sedap dalam makanan, tetapi ia juga baik untuk kesihatan jantung, meningkatkan sistem imuniti serta tinggi vitamin C.
  • Bawang juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap zat besi dari makanan. Seboleh-bolehnya guna bawang holland
2. Lobak Merah
  • Lobak merah adalah sumber serat, kalium, vitamin A, C dan B yang hebat, bahkan kaya dengan beta-karoten.
  • Nutrien ini menjadikan ia bermanfaat untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh bayi, menyokong fungsi hati, meningkatkan kesihatan mata, serta membantu melawan jangkitan.
  • Sayuran akar seperti lobak merah juga membantu menghalang pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan membantu sel sedia ada dalam luka penyembuhan.
3. Saderi (Celery)
  • Sayuran saderi pula mengandungi quercetin – flavonoid dengan sifat anti-radang yang membantu melindungi jantung.
  • Saderi adalah sumber vitamin A, C, K, antioksidan, kalium, dan zat besi yang membantu mengatur tekanan darah di samping meningkatkan proses perkembangan bayi secara umumnya.
NOTA
: Mirepoix boleh disediakan awal dan ianya tahan sebulan hingga 3 bulan bergantung tempat penyimpanan. Tahan lama jika disimpan dalam freezer.

1 Comments

  1. sedap dan sihat bagus utk baby dan mak baby gak ni

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿