PERKHIDMATAN penghantaran makanan adalah tambahan terbaik untuk cara hidup moden, terutama ketika kita berada di rumah dan memerlukan makanan panas yang bebas dari kesibukan.

Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 di Malaysia, khidmat penghantaran makanan menjadi pilihan utama orang ramai mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah. Kita menyaksikan beberapa penunggang memenangi hati rakyat Malaysia dengan latar belakang yang menyentuh hati dan perbuatan baik mereka semasa bekerja.

Penghantaran makanan, AKA wira yang tidak dikenali, telah memenangi hati kita menjadikan penghantar makanan adalah frontliner bagi memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi.

Sempena kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera yang terkenal iaitu McDonald’s Malaysia. McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysia mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Usaha yang dilakukan ini untuk memberi keceriaan kepada kumpulan penghantar makanan sebagai tanda penghargaan usaha penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Hujan panas dan pelbagai halangan yang dihadapi penghantar makanan merupakan sebahagian daripada kehidupan harian mereka, yang berada di antara barisan depan yang menjaga negara ini selamat dan berjalan di tengah-tengah wabak koronavirus.

Dari yang menyusahkan hingga mengancam nyawa, berikut adalah beberapa cabaran yang dihadapi oleh penunggang penghantaran dalam mendapatkan makanan dan bungkusan kepada pelanggan mereka semasa tempoh MCO ini.

Oleh itu, McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan dengan menyediakan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju kepada 65,000 orang penghantar makanan di seluruh negara yang terdiri daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) baru-baru ini.


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar, sejak penularan pandemik, peranan penghantar makanan menjadi semakin penting apabila rakyat Malaysia perlu berada di rumah.

"Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

"Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.

"McDonald's ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka dan jangan lupa berehat untuk makan," kata Azmir.

McDonald’s Malaysia telah melihat peningkatan signifikan dalam permintaan untuk penghantaran makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dilaksanakan. McDonald’s Malaysia belanja penghantar makanan ini adalah dianggap barisan hadapan yang berkorban demi memenuhi permintaan pelanggan era pandemic COVID-19 ini. Mereka terdedah dengan pelbagai risiko selain dengan tugasan harian mereka pastinya ada antara ‘rider’ yang tidak sempat makan kerana perlu menghantar pesanan.

Bagi Roslina Talhad, ibu kepada lima cahaya mata ini terpaksa bekerja bagi menambah pendapatan selepas suaminya tidak lagi bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

"Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati memberikan tip kepada saya serta berpesan agar saya sentiasa menjaga diri."

Berbeza pula dengan Mohamad Azyhan Musa, pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian, dia gembira dan berterima kasih kepada McDonald's kerana menghargai penghantar makanan.

"Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan.

"Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami,"katanya.


Dua tahun berkhidmat sebagai penghantar makanan McDonald's, William Quah mengakui tugasnya kini kian mencabar kerana permintaan penghantaran makanan semakin meningkat.

Namun dia tetap berpuas hati apabila dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan.

"Pernah sekali, ada keluarga membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya.

"Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja."


Sebagai salah satu jenama yang dikenali, McD belanja makan penghantar makanan dengan cara lebih baik untuk menggembirakan mereka dengan bersama-sama menghadapi masa-masa sukar ini agar terpampang senyuman diwajah mereka. Kempen #LekLuMcDBelanja salah satu daripada banyak inisiatif yang didedikasikan untuk menyebarkan kebahagiaan kepada barisan hadapan dan masyarakat yang terkesan dengan pendamik ini.


Masing-masing antara kita ada peranan dan fungsi yang tersendiri. Tahap ekonomi bukan penentu segala-galanya, sebaliknya budi pekerti kita yang luhur dan adab sopan adalah penentu kepada nilai kemuliaan diri kita sebagai manusia dan rakyat Malaysia. Sebagai salah seorang pengguna penghantar makanan, hargailah mereka walau hanya dengan ucapan terima kasih dan senyuman.

Sebagai tanda terima kasih kepada penghantar makanan, ayuh kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial beserta hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

  

 

9 Comments

  1. inisiatif yang sangat menghargai para foodpanda , diorang pun forntliner juga berkorban untuk hantar makanan yg customer tempah sampai ke depan pintu rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hargai riders semua yang berkorban demi perut manusia. heheheh

      Delete
  2. Tak dapat digambarkan kegembiraan abang-abang rider makanan pasti rasa gembira dengan kempen McDonald's Malaysia buat ini. At least mereka rasa sangat dihargai. Terima kasih MCD!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sure mereka seronok. Dapat rest seketika dengan makanan free dr Mekdi

      Delete
  3. Alhamdulillah.. seronok tgk frontliner penghantar makanan ni happy.. semoga McD kekal dengan usaha ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak liez. seronok tgk pengorbanan derang dihargai. Tahniah mekdi dan terima kasih

      Delete
  4. Las Vegas - Sands Casino - Nathany Art Newspaper
    I 안전 카지노 사이트 am nathanyotheblog.com the founder of the Sands Casino & Resort. I worked in construction and was involved 바카라 사이트 in planning and 샌즈 카지노 construction projects for several years in 온라인 카지노 검증 the

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿