RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH, SIMPLE DAN SEDAP UNTUK ORANG YANG SIBUK
Assalamualaikum guys...
Pandemik Covid-19 nampaknya tidak menunjukkan penurunan angka malah makin meningkat. Dek kerana itu, ibu-ibu yang bekerja dan anak-anak pulak masih meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR pastinya kesibukan untuk menguruskan keluarga agak lari tune seperti sediakala.
Nora sendiri akui agak kelam kabut nak menguruskan anak-anak dan waktu bekerja secara BDR mahupun bergilir ke pejabat. Yelah dengan urusan anak PdPr, dengan anak yang sedang membesar agak mencabar juga. Walau telah susun sehabis baik pasti ada yang kurang juga.
Baca juga resepi : Resepi Daging Goreng Kunyit
Dalam kesibukan itu, selalunya Nora akan masak lauk-lauk yang simple. Kalau untuk sarapan Nora dah masak berat, jadi untuk makan tengahari selalunya menu yang simple dan mudah untuk disediakan. Sotong goreng kunyit berkuah, mudah dan sedap untuk orang sibuk macam Nora sangat membantu dan pastinya menyelerakan anak-anak. Jom ikuti Nora kongsikan menu simple ini sedap dimakan dengan nasi panas. Cubalah!
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
Bahan-bahan
- Sotong bersaiz sederhana dipotong dan dicuci bersih.
- 1sk Garam
- 1sk Serbuk kunyit
- Minyak masak untuk menumis (dalam 3 sudu besar)
- Bawang holland dihiris
- Bawang putih dihiris
- Cili padi 10 tangkai diketuk
- 1sb Sos tiram
- 1 kiub ayam
- Sedikit lada hitam
- 1sk kicap lemak manis (option)
- Sedikit sayuran (kacang panjang, lobak, kobis bunga)
Cara-cara
- Perap sotong seketika bersama garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
- Sediakan bahan-bahan lain.
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan sotong yang telah diperap tadi. Kacau sebentar.
- Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan sayur. Masak sehingga sedikit layu.
- Kemudian masukkan sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan kicap. Kacau sebentar.
- Letak sedikit air bagi berkuah. Masak sehingga pekat dan siap untuk dihidangkan.
Sotong boleh dimasak dengan pelbagai cara ikut kesesuaian individu. Dalam resepi tiada salah tiada betul. Hehehhehe. Cubalah pasti jimatkan masa korang.
1 Comments
Nampak sedap la...rasa macam nak buat tapi bahan plak takde...
ReplyDelete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿