Destinasi Bercuti Selepas Kebenaran Rentas Negeri
Assalamualakum dan salam sejahtera semua pembaca ummizarradotcom. Dah lama Nora tak kongsi cerita di sini. Tapi, bila berita gembira yang kerajaan umumkan baru-baru ini terdetik di hati Nora nak kongsikan apa yang Nora plan bersama family.
Selepas
kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober yang lalu, ramai
yang teruja untuk pulang ke kampung dan bercuti. Begitu juga dengan Nora
automatik text adik beradik dan mula
merancang untuk berkumpul bersama serta destinasi bercuti.
Memandangkan
Nora dan suami bekerja jadi, kami perlu rancang cuti kami untuk pulang ke kampung
dan cuti-cuti bersama anak-anak. Maklumah dedua anak Nora membesar dalam tempoh
pandemik. Bila kerajaan kata kita perlu lalui kehidupan di era endemik maka
bersedialah kita untuk tempuhinya.
Doa
yang baik-baik semoga semuanya akan pulih dan kita dapat nikmati kehidupan
seperti sebelum Covid-19 melanda dunia.
So,
bila kerajaan umum dah boleh rentas negeri, Nora dah ada 2 atau 3 perancangan
untuk spend time bersama-sama dengan
pergi jalan-jalan dan tidur dekat mana-mana Hotel dalam Malaysia ni dan Nora rancang
buat masa ni destinasi bercuti selepas kebenaran rentas negeri di sekitar Port Dickson memandangkan dekat dengan
tempat tinggal kami.
Nora rancang untuk
stay hotel yang pernah kami menginap sebelum ni iaitu di Grand Lexis Port Dickson. Nora dan keluarga suka menginap di sini sebab
ada private
pool dan sangat sesuai untuk kami sekeluarga memandangkan mempunyai anak
kecil. Walapun kerajaan telah umumkan boleh rentas negeri, bagi kami yang
mempunyai anak kecil perasaan bimbang tetap ada atau senang kata kadar jangkitan
tu tinggi sebab hanya kami suami isteri sahaja yang divaksin.
Grand Lexis Port Dickson merupakan hotel tumpuan rakyat Malaysia
memandangkan di sini mempunyai kolam mandi tersendiri di setiap bilik mengikut
kategorinya. Demi menjaga SOP dan keluarga tidak terlalu terdedah dengan orang
ramai, hotel ini sangat recommended untuk bercuti bersama keluarga.
Buat mereka yang
mempunyai anak kecil sangat sesuai menginap di Grand Lexis kerana mempunyai
ruang bilik yang sangat besar dan selesa dilengkapi dengan dua katil besar serta
kolam mandi di dalam bilik. Pasti anak-anak seronok bermain-main di dalam bilik
serta boleh mandi kolam sampai puas bila-bila masa.
Slain
itu, Nora juga ada merancang bersama suami untuk jalan-jalan sekitar Kuala
Lumpur dan Nora dah buat list beberapa Hotel
sekitar Kuala Lumpur.
Bila menginap
Hotel in Kuala Lumpur banyak lokasi dan destinasi percutian termasuk
taman tema keluarga selain Nora boleh kunjungi saudara-mara serta rakan-rakan
di tempat kerja lama.
Banyak pilihan Hotel di Kuala Lumpur yang mempunyai pool di mana boleh dikunjungi bersama keluarga dan mesra kanak-kanak. Jom tengok hotel khas untuk keluarga dan kanak-kanak.
- PNB Perdana
Best menginap di sini sebab mempunyai saiz bilik yang besar dan lokasinya sesuai untuk yang ada anak kecil walaupun hotel ini sudah lama.
Hotel ini mempunyai swimming pool berbumbung dan ia memberi keselesaan dan keseronokan pada anak-anak walaupun ketika hujan.
Hotel ni merupakan hotel yang berada di dalam Sunway Mall. Jadi ia sangat menyeronokkan, sambil stay boleh shopping dalam tu saja. Abang Nora juga bekerja di hotel ini.
Mempunyai bilik yang luas. Untuk si kecil, boleh bawa mereka berseronok mandi di kolam renang kanak-kanak, atau bermain di mini playground hotel ini.
3. Furama Bukit Bintang
Hotel ini cukup mesra keluarga. Kalau menginap lama di sini boleh request untuk setup room (kena tambah harga). Bila setup bilik ni, korang boleh pilih untuk tema khas buat anak-anak korang dari segi cadar sampailah berus gigi.
Kolam renang di hotel ini sangat cantik dan menarik mampu memberi keseronokan pada anak-anak di tingkat 3 atau bermain di Wakaka Playland yang luas untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
Nora percaya banyak
lagi destinasi menarik yang ada di negara kita yang belum kita terokai
sepenuhnya. Nora juga ada menyimpan hasrat
untuk mengembara dalam kumpulan kecil bersama keluarga dan rakan-rakan sambil
menikmati panorama keindalam alam di Malaysia.
Dengan pembukaan
sector pelancongan, sedikit sebanyak ia memberi kelegaan kepada mereka yang
terjejas. Sama-samalah kita merancakkan sektor pelancongan Negara kita sebagai
inisiatif kita membantu mereka dalam sector pelancongan.
Melancong juga
antara limpah rezeki dan punca pendapatan kepada pihak yang terbabit, dari
pekerja premis penginapan, pemilik inap desa, penarik beca, pemandu pelancong,
pengusaha kedai makanan dan minuman, beach
boys dan ramai lagi.
Jadilah pelancong
bertanggungjawab, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan
peliharalah keindahan destinasi pelancongan negara kita menjadikan percutian
lebih santai dan meneroka destinasi alam semula jadi di luar kebiasaan adalah
menjadi sesuatu yang kita perlu pelajari agar kita semua dapat tempuhi era endemik.
27 Comments
LH sekeluarga pun merancang nak ke PD awal November ni. InsyaAllah doakan lah
ReplyDeletePD best banyak hotel @ penginapan yg boleh pergi. Tempat pun byk yg menarik. Take care dan selamat bercuti dear
Deleteokayy , boleh masuk list nak berjalan nanti hee
ReplyDeleteYe betul tu. Boleh sangat2. Dalam KL boleh PD pn boleh. Tapi Grand Lexis kan famous. Heheh
DeleteWalaupun boleh rentas negeri tapi tetap kena hati-hati. Semoga covid19 terus keluar dari Malaysia.
ReplyDeleteIya betul tu. tapi kita kena lalui endemik. ssh nak halau virus. Moga yang baik-baik semuanya
Deletewah banyak juga idea tempat untuk berjalan
ReplyDeletebetul. sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh kita pergi. Cuma SOP jangan dilupa.
DeleteLepas dah boleh rentas daerah and negeri, masing-masing memang tak melepaskan peluang untuk staycation. Ai pun tak terkecuali. Pergi dekat-dekat je pun dah ok.
ReplyDeleteWow.... seronok nyer you bercuti sakan. Memang syok kan bila dpt travel. However, please take care yeh. Have fun.
ReplyDeleteteringin juga nak ke Lexis tu tapi kena ada bajet banyak sikit.hehehe. ramai kata best situ
ReplyDeleteBetul. Bercuti ke lokasi yang ada dalam negeri dulu. Tak jadi hal pun sebenarnya asalkan kita dapat rehatkan minda. Dan selamat bercuti. Stay safe.
ReplyDeleteMemang best juga dapat bercuti setelah sekian lama tidak dapat ke mana2 kan.Saya pun dah pergi bercuti tapi dekat2 je dengan area rumah...janji dapat release tension gitu...
ReplyDeleteGreat places for families with kids I can’t wait to visit Port Dickson soon missing the sea.
ReplyDeleterasa seronok sgt dpt merentas kan. alhamdulillah
ReplyDeleteWish I could travel freely without worries too but that is not possible as our little ones have yet to be vaccinated. Still, we hope we could travel normally again one day.
ReplyDeletesuch enjoyable fam trip to there. I wish to bring my kids travel there too
ReplyDeleteIza pernah menginap dekat Grand Lexis, not bad la. Berbaloi la dengan harga. Macam hotel lain tak pernah lagi. Cuma pernah makan dekat Furama je.
ReplyDeleteSeronoknya dah boleh melancong kan. Dapat juga lepas rindu tengok laut hehe. Apa pun SOP wajib dipatuhi walau ke mana saja.
ReplyDeleteBetul tue.. lepas dapat kebenaran merentas negeri, terus kumpul plan untuk trip.. rasa tenang dpt keluar bebas di luar daripada terperuk di rumah..
ReplyDeletebest kan dapat cuti2 lepas kerajaan bagi merentas negeri. huda awal2 dah setelkan dulu yang wajib balik kampung jumpa orang tua, lepas tu baru pergi holiday
ReplyDeleteAna pernah stay dekat Grand Lexis PD. Memang best. Nanti nk repeat lagi. Bila tengok hotel2 dkt KL ni pula rasa nak play tourist plak. Byk hotel2 menarik yang boleh dicuba nanti.
ReplyDeleteBelum sempat lagi nak pergi bercuti. Rindu pi pantai tapi lepak hotel mewah pun sonok jugak kan..
ReplyDeletesemua tempat best dan menarik.. boleh masuk dalam list semuanya hehehe
ReplyDeleteLamanya tak staycation kat sini... tengok gambar2 pun terus jadi best giler! rindunya! harga dia pun sgt berpatutan kan dengan facilities yang mereka offers...
ReplyDeleteWow thanks i will take note on that as i like Port Dickson too.
ReplyDeleteHow to win a slot machine at an online casino - DrmCD
ReplyDeleteSlot machine gambling is not just 성남 출장샵 about getting 문경 출장안마 started, it's about getting more fun 춘천 출장안마 with casino entertainment. 아산 출장안마 · Learn how to 이천 출장샵 play,
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿