Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum Rahsiah Wajah Lebih Anjal, Runcing Dan Tirus
Assalamualaikum semua....
Nora
seorang Covid Fighter dan sekarang masih dalam tempoh kuarantin sehingga 2 Disember 2021. Nora disahkan
+ve Covid-19 bersama-sama anak lelaki Nora yang berumur 2 tahun 7 bulan. Syukur
alhamdulillah suami dan dua orang lagi anak keputusan swab test mereka -ve.
Dalam
tempoh kuarantin Nora masih perlu menjaga kesihatan kulit wajah. Bila terperap duduk
dalam bilik yang agak terhad pergerakan dan hanya mengharapkan ruang
pengudaraan pada satu tingkap sahaja sedikit sebanyak menjejaskan kulit wajah
Nora kelihatan suram dan kering.
Bagi memastikan
wajah kekal tampil muda dengan lebih anjal, runcing dan tirus, Nora nak
kongsikan dengan korang satu produk serum SAFI iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum yang membantu mengurangkan double chin sebanyak 50% seawal 15 minit berdasarkan ujian klinikal
yang telah dibuat.
KELEBHAN SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM
Golden C – Antioksidan yang
melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit
secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
Nano Emas 24K –
Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut
dan anjal.
Ceramide 3 –
Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit
dan meningkatkan seri wajah.
7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit yang membantu menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi
kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit
rosak. Kesan ketara seawal 15 minit mampu mengurangkan lemak di bawah dagu dan menjadikan
kulit muka kelihatan lebih muda, anjal dan berseri.
UJIAN SAINTIFIK DAN KLINIKAL TERBUKTI BERKESAN
50%
double chin reduction
92%
perceived lifted skin
236%
skin damage repair
61.7%
antioxidant boost
4x
age-defying power
SAFI YOUTH GOLD LIFTING 24K SERUM CLEANSER
Bila
dah ada serum pastinya lengkap dengan pembersih wajah. Safi Youth Gold Lifting 24k Serum Cleanser merupakan pembersih
wajah yang diformulasi dengan 24K serum emas memberi kelembutan dan menganjalkan
kulit wajah. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan
formulasi Anti PM2.5 dapat membantu
membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar
kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.
Pembersih
wajah Safi Youth Gold Lifting 24k Serum juga mengandungi Golden C dan Nano Emas 24K di
mana fungsinya adalah sama dengan rangkaian Safi Youth Gold yang lain. Pembersih wajah
ini mengandung bahan tersebut :
Triple Gold –
Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan
seri wajah.
Asid Hialuronik Super –
Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari
dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.
Korang
boleh dapatkan produk ini di mana-mana drugstore terdekat atau boleh
dapatkannya melalui e-dagang rasmi WIPRO UNZA di Shopee & Lazada.
SAFI
Instagram
: @safimalaysia
Facebook
: @SAFI.My
Twitter
: @SAFImalaysia
Youtube
: SAFI Malaysia
6 Comments
boleh jadi duta safi dah nanti ni hehe .. gurau gurau hehehhe
ReplyDeleteHeheheh duta kat blog sendiri je lah Cik Idaa.Hehehhehe
Deletewah nak la juga kulit anjal dan tirus. umo dah 40an mmg kena pakai safi ni dah
ReplyDeleteHeheheh pakai kak memang best. Dh tingkat usia ni mmg kne jaga kulit wajah jugak. heheh
Deletesafi ni sis pakai dari umur 17 sebenarany. mmg proven elok. pastu gatal try yang lain pulak ... hahahha.. now nak dkt 50 dah.. maybe kena try lah jugak yang ni kan
ReplyDeleteThe Best Casino Site: Casino site reviews - Manjariprint.com
ReplyDeleteFind out 더킹 바카라 whether your favorite casino site is a 온라인 카지노 게임 legit gambling site, reviews, complaints, free spins, Online 바카라 사이트 casinopan casino with a welcome bonus, free 우리 카지노 총판 games, 플러스 카지노 사이트
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿