PENULARAN wabak COVID-19 yang berlarutan sehingga kini dan hidup dalam era endemik mampu memberikan kesan kepada pelbagai aspek emosi, fikiran dan tingkah laku individu.

Pengalaman sebagai ibu bapa dalam menguruskan anak-anak yang kembali bersekolah semenjak semua sektor sosial dan ekonomi di buka sangat memberi cabaran memandangkan kami suami isteri bekerja dan pengurusan anak dalam tempoh ini sangat dititik beratkan. Walaupun kita berusaha menjaga keselamatan dan kesihatan keluarga anak-anak, Allah juga penentu segalanya di mana Nora dan anak disahkan +ve Covid-19 pada 23 dan 24 November 2021 yang lalu.

Sekarang Nora dan anak sedang dalam tempoh kuarantin di rumah dan di dalam bilik kerana perlu asing dari suami dan dua orang lagi anak yang negatif even kami sekeluarga memakai gelang warna pink. Mohon doa dari kenalan yang sudi membaca untuk mendoakan kesihatan buat kami.


Sebagai ibu bapa, Nora berusaha untuk menjadi model menguruskan kerisauan yang baik pada anak-anak. Nora perlu mengawal emosi dan mempunyai minda sedar dan sentiasa fokus kepada apa yang sedang berlaku dan tidak membiarkan diri dan situasi menjadi lebih buruk Nora dan suami cuba sentiasa tidak cemas, gelabah, menunjukkan kebimbangan melampau dan berfikiran seolah-olahnya seperti bencana akan menimpa (catastrophic) sebabnya kami sedar anak-anak akan memerhati dan mengikut cara kita. Nora dan suami perlu sentiasa positif kan diri kami dalam tempoh kuarantin.



Walaupun dalam tempoh kuarantin, kerisauan terhadap gangguan tumbesaran anak-anak sangat kami tekankan dan perlu tangani bersama. Kami sekeluarga tetap patuh dengan SOP yang ditetapkan, kita juga perlu persiapkan diri dengan perlindungan. Diantaranya adalah memakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dengan sabun, memakai hand sanitizer dan mengambil supplement tambahan untuk tingkatkan sistem imun badan kita dan tumbesaran anak-anak.

DIFFENZ JUNIOR PERLINDUNGAN SOKONGAN IMUN DAN TUMBESARAN KANAK-KANAK


Sesuai dengan fasa endemik, Eskayvie Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan produk vitamin terbaharu, Diffenz Junior khusus untuk perlindungan sokongan imun dan tumbesaran kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun agar dapat nutrisi tambahan serta terhindar dari jangkitan kuman & virus.

Produk vitamin dalam bentuk tablet kunyahan ini mempunyai gabungan ramuan yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi yang mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.


Doktor perubatan dan pakar formulasi dari Eskayvie Sdn Bhd yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Mereka juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa sudah pastinya kita ingin yang terbaik untuk anak-anak dan berusaha untuk memberikan suplemen tambahan untuk anak-anak. Walaupun banyak produk suplemen yang berada di pasaran, Diffenz Junior dapat membantu realisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri  terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah.

CENDAWAN SUSU HARIMAU


Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

Kebaikan:

                    Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.

                    Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.

                    Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.

                    Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.

                    Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

MULTIVITAMIN DAN MINERAL


Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,

 

        melengkapkan keperluan nutrisi

        menyokong penglihatan

merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)

        melindungi diri daripada jangkitan

        membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak

        membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf

KOLOSTRUM


Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum.

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

        meningkatkan sistem imun badan

        melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan

        kesan anti-mikrob dan anti-virus

        melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit

        menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

Kesimpulannya, sebagai seorang ibu bapa yang prihatin, adalah tanggungjawab kita untuk pastikan anak-anak kita mendapatkan perlindungan yang terbaik. Lebih-lebih lagi pada mereka yang hantar anak ke pusat asuhan atau pun taska. Ini adalah ikhtiar untuk memastikan anak-anak ini tidak terdedah kepada jangkitan. Kita juga harus peka pada kepelbagaian ekpresi perasaan risau dan takut pada diri anak-anak yang boleh datang dalam pelbagai bentuk.



Nora amat sarankan korang ambil Diffenz Junior ni untuk perlindungan anak-anak. Alhamdulillah walaupun Nora dan anak +ve Covid-19 Diffenz Junior membantu anak Nora kekal aktif dan sedikit sebanyak membantu kami dalam tangani virus ini agar tidak terus merebak dan melarat lebih teruk.

Untuk maklumat  lanjut  mengenai  produk Diffenz Junior ini, layari laman sesawang dan pautan  media  sosial berikut :

Laman sesawang - http://www.diffenzjunior.com

Facebook - Eskayvie Malaysia21 Official

Instagram - Eskayvie Malaysia

Youtube - EskayvieMalaysia




2 Comments

  1. Makin kerap dengar pasal eskayvie sekarang ni. Terus rasa nak search lebih.

    ReplyDelete
  2. musim covid ni kena cari jalan utk tingkatkan imun badan

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿