Alhamdulillah baru dapat berita dimana akan ada sesi live usahawan bersama dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Sudah lama juga tak jenguk kisah-kisah usahawan berjaya. Jika kalian suka cari kisah inspirasi usahawan, kebanyakannya adalah usahawan hasil bimbingan dari RichWorks International Sdn Bhd.

RichWorks Platform Usahawan Masa Kini

Siapa Richworks sebenarnya? Ramai kawan-kawan usahawan pasti sudah mengenali dan pasti ramai juga yang telah pernah menyertai kelas mentoring, bimbingan atau seminar RichWorks kan?

Ya, Richworks International Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang bertapak sejak 2008 lagi dalam memberi bimbingan kepada usahawan secara fizikal dan virtual. Richworks telah diasaskan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman.



Dulu ada kisah Dr Azizan Osman dan keluarganya dijangkiti Covid19, waktu itu dalam proses pemulihan beliau keluar hospital dan komited buat program Percuma selama 7 hari kalau tak silap. Kali ini, terdengar pula tentang Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk bantu usahawan.


Alhamdulillah, MasyaAllah, semoga Allah balas jasa Datuk Wira yang selalu fikirkan alternatif untuk bantu usahawan di Malaysia. Memang tak dinafikan memang sekarang ni banyak cabaran yang dilalui oleh usahawan-usahawan Malaysia. 

Kenaikan Harga Juga Adalah Cabaran Terbesar Usahawan



Tahun lepas dan tahun ini juga kita masih dengar kes harga naik, barang makin mahal. Tak pernah habis. Tambahan pula dalam tahun ini, harga ayam naik mendadak, diikuti harga sayur, kemudian telur ayam pula makin kurang. Di kebanyakan pasaraya pun berkurangan. 

Adakah kerana harga barang naik? Pakar yang ada jawapannya.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia kini dihantui kenaikan harga barang. Maka, pasti akan dibelenggu dengan kos sara hidup yang meningkat. Bertabahlah, kita kena teruskan jana pendapatan sama ada dari pekerjaan hakiki mahupun perniagaan. 



Adakah Kena Mengena Dengan Sentimen Pasaran? 

Jom lihat perkongsian Datuk Wira berkaitan perkara ini. Ia lebih kepada cabaran yang dihadapi usahawan sememang tak dapat dielakkan lagi. Namun, pasti ada caranya!


“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

 

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

 

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

 

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

 

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

 

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

 

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

 

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

 

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

 

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

 

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

 

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

 

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

 

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

 

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

 

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

 

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

 

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

 

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”

 

10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Dan 2022


Bagi membantu para usahawan, Pakar Mentor Usahawan bagi syarikat bimbingan usahawan no 1 di Malaysia ini, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022. 


Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman akan diadakan di  Telegram Azizan Osman Official secara Voice Chat, pada Ahad, jam 8 pagi. Dah ada peluang ni, cepat-cepat sertai ya. Semoga bermanfaat.


Program Sesi Live Voice Chat Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman


#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks #PerjalananRichWorks2021 #CabaranRichworks2021 

#UsahawanJutawan #BitersXRichworks

1 Comments

  1. eh akak sempat join aritu.. sekejap je la sebab hari kerja tapi memang bagus dan jentik hati kita la bagi sedar..

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿