Hye ! dah lama Nora tak sharing cerita dengan korang.

Sekarang ni cuaca panas betul kan? Adakala hujan adakala panas terik. Nora ni mempunyai kulit muka yang berminyak. Bila cuaca macam ni lagilah muka ni berminyak macam cermin bila tengahari lagi-lagi time Nora ada urusan kerja di luar kulit mudah terdedah dengan cahaya matahari.

Sebenarnya Nora ingat kulit muka berminyak tidak perlukan pelembab muka. Rupa-rupanya Nora salah. Kulit muka berminyak lagi memerlukan pelembab dengan tekstur yang sesuai agar kulit muka tetap terlindung dari dehidrasi. Ini supaya kulit muka tetap rasa fresh saat menggunakannya. Untuk kulit muka berminyak seeloknya memilih moisturizer yang ringan teksturnya dan tidak melekit. Pelembab jenis macam mana yang sesuai atasi kulit muka berminyak?

Moisturizer untuk kulit berminyak yang ringan dan tidak melekit

 

Moisturizer atau pelembap merupakan produk skincare yang wajib digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit jenis berminyak. Korang wajib menggunakannya setiap pagi dan malam sebagai langkah akhir skincare routine korang. Dan sudah semestinya waktu pagi kombinasinya adalah menggunakan suncreen selepas pelembap.

Tidak hanya untuk melembapkan, moisturizer juga mempunyai fungsi penting untuk lock semua nutrisi dan hidrasi produk skincare yang korang gunakan sebelumnya seperti toner, essence atau serum misalnya. Jadi, bila korang pakai pelembap, semua produk skincare yang korang gunakan akan lebih efektif meresap ke dalam kulit. 

Macam Nora, mula-mula pakai moisturizer rasa rimas lagi-lagi waktu afternoon kulit muka mudah berpeluh dan automatik menjadikan pori-pori jadi makin besar dan kulit nampak kasar. Bila salah pilih moisturizer atau tidak pakai langsung moisturizer makeup mesti jadi bercapuk, tak cantik sebab kulit muka berminyak. 

Bagi kulit berminyak, elak kulit dari hidrasi dan melembapkan kulit menggunakan pelembap sangatlah penting. Tujuannya adalah untuk menjaga kadar kelembapan wajah tetap ideal atau seimbang. Saat kulit wajah terhidrasi dan kelembapan kulit dengan baik, maka kulit tidak akan memaksa kelenjar minyak untuk menghasilkan sebum atau minyak berlebih di wajah.

Tips Makeup untuk Kulit Berminyak

Kalau korang nak tahu, Nora menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature sebelum makeup, sebabnya dengan moisturizer ni ia senang meresap ke dalam kulit, tahan lama dan tidak bercapuk. Ini kerana Aqua cream ni mengawal kulit berminyak dengan baik. Nak tahu kenapa kulit berminyak juga wajib pakai moisturizer?

  1. Kulit Berminyak

Bila kulit tidak mencukupi air ia akan menjadi kering. Skin barrie akan rosak kerana air dipermukaan kulit hilang dan dengan ini kulit akan kerluakan minyak berlebihan.

  1. Kulit Berpeluh

Ia terjadi apabila suhu kulit tinggi terasa bahang dan kulit akan berpeluh untuk redakan haba. Jadi, bila pakai moisturizer dengan cream atau foundation yang tebal atau heavy cream, itu akan menjadikan suhu kulit muka tinggi. Bila suhu tinggi jadi berpeluh banyak dan automatik banyak minyak keluar dari kulit.

  1. Pori-pori Besar

Apabila minyak keluar berlebihan dari kulit muka, secara tidak langsung pori akan tersumbat dan menjadikan big pores

Atasi Kulit Berminyak dengan Aqua Whitening Cream 

Kandungan yang terdapat dalam Aqua cream ini sangat membantu masalah kulit korang iaitu ada  Niacinamide di mana kandungan ini dapat mengawal minyak berlebihan. Ingredients lain yang ada dalam Aqua cream seperti berikut :

  • Vitamin B3 – sangat mudah digunakan dengan air, jadi sangat lembut,  dikatakan hampir sesuai untuk semua jenis kulit.

 

  • Oil Control – Can control excess sebum (mengawal minyak berlebihan). It can reduce excess sebum (mengurangkan minyak berlebihan pada kulit)

 

  • Mengecilkan pori kulit – bila minyak berlebihan kurang, pori-pori akan mengecut dan kulit nampak lebih smooth dan fresh.

 

  • Melindungi daripada kerosakan matahari - melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran ultraungu. Juga sebagai penghalang kulit tidak rosak, kulit cukup udara, jadi kurang keluar minyak berlebihan

Texture Aqua Whitening Cream:

  • Water based – Tidak heavy cream dan tidak akan tersumbat pori-pori kulit muka.

 

  • Humactant – moisture skin , tidak oily dan tidak melekit.

 

  • Easy spread , fast absorb into skin – so skin pores tidak akan tersumbat dan kulit tidak akan berpeluh.

 

My Thoughts

So far Nora suka sangat dengan moisturizer dari Hansaegee Nature sebab tak melekit lepas apply dekat muka. Mudah meresap ke dalam kulit dan sangat ringan. Paling best ada fungsi whitening dan bila apply ada rasa macam cooling sikit rasa smooth dan soothing je. Sangat sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan berminyak. Lagi sekarang musim cuaca panas, cepat berpeluh dan nanti makeup bercapuk. Tapi Aqua cream ni membantu kulit muka ni daripada berminyak dan makeup masih on point sampai petang.

Brand : Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG Page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB Page:

http://www.facebook.com/HansaegeeNature/

Youtube Page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

11 Comments

  1. Makin banyak plak terbaca review yang Hansaegee nie bagus. Macam nak terpengaruh plak, nak kena beli gak la nampaknya

    ReplyDelete
  2. Oh wow... you skin looks shiny and flawless with this aqua product. Aqua is the best ingredients in product. I also love aqua base products.

    ReplyDelete
  3. Baru tau Hansagee Nature ni. Boleh la cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Ni pun antara one of the trusted brands in skincare routine kan... banyak rakan2 dah start guna brand ni sekarang, rasanya start MCO ! Good one kan..

    ReplyDelete
  5. Ni produk mmg menarik kan, ramai yg kongsi keberkesanan produk ni. Nak pakai pun mudah sangat. Semoga kulit wajah kekal berseri.

    ReplyDelete
  6. Saya mmg obses dengan product korea ni sebab most of them mmg best sbb byk suka guna HA..

    ReplyDelete
  7. Suka jugak pakai hansagee nature ni. Wangi dan rasa sejuk je

    ReplyDelete
  8. Aqua gel ni memang best! Kak Nina pun suka pakai.. kulit muka jadi moist lembut lembab. Nak kena top up stok dah ni..

    ReplyDelete
  9. I read many good reviews about this Aqua Whitening Cream even some of my friends also using this.

    ReplyDelete
  10. bestnya produk ni. unfortunately i have dry skin instead, gonna check out their other range of products. thanks for introducing! :)

    ReplyDelete
  11. ramai review kata Hansagee ni bagus

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿