Hye korang...
Kali ini Nora nak kongsi satu serum baru yang include dalam skincare routine Nora. Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant memang best dijadikan skincare routine. Brand serum ni dorang fokus dalam pembuatan penjagaan kulit muka adalah daripada bahan-bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.

Serum ni tekstur dia senang serap dengan mendalam pada kulit jadi serum lebih khusus untuk masalah kulit tertentu.



Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Nora suka skincare yang fokus terdiri daripada bahan semulajadi. Antioxidant  Serum merupakan serum dengan premium Vitamin E dan formulasi tidak berminyak. Antioksidan ni membantu kulit nampak lebih sihat dan lebih muda. Paling penting mengurangkan tanda-tanda penuaan. Siapa je yang nak tua sebelum usia kan?

Apa yang best Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum ni, korang boleh pakai sama ada di wajah ataupun badan. Dengan formulasi tidak berminyak, bila Nora pakai pada muka, cepat je serap dan memang tak ada kesan berminyak. Nora tak suka pakai yang melekit berminyak waktu siang nanti berpeluh rasa rimas. Tapi, kalau pakai waktu malam tak apa. Dengan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum ni tak kisah nak pakai siang atau malam, selesa je. Jimat memang jimat kan? Senang! Tak perlu beli banyak-banyak produk penjagaan diri. Hehehehe



Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant  Serum melembapkan dan memperbaharui kulit. Dalam serum ni ada premium Vitamin E iaitu Tocotrienol yang mengandungi 40-60 kali aktioksidan yang lebih tinggi. Selain dari itu, serum ni juga mengandungi Niacinamide, Olive Oil and Calendula Oil, Contain Panthenol dan banyak bahan yang membantu kelembapan kulit serta anti aging. Cuba tengok gambar dekat bawah ni. Tadaaaa


Antioxidant serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk for those yang ada kulit sensitif. Serum ni dermatologist tested, free from sulphates and paraben dan ia tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya seperti di bawah :


  • No sodium lauryl sulfate
  • No sodium laureth sulfate
  • No animal derivatives
  • No artificial colours
  • No EDTA
  • No propylene glycol
  • No synthetic fragrance
  • No mineral oil
  • No alcohol
  • No harsh detergent



Cara Penggunaan :

Cara Nora gunakan serum ni, lepas cuci muka, pakai toner dan sapu serum ni pada muka dan leher. Biasanya Nora pakai pagi nak pergi kerja yelah dalam office ada aircond so, bagi elak kulit kering memang Nora pakai serum ni. Sebab fungsi dia lembabkan kulit juga. Boleh pakai dua kali sehari. Pagi dan malam.





Ni adalah tekstur untuk antioxidant serum ni. Tekstur untuk antioxidant serum ni adalah jenis liquid tidak berminyak. Smooth je serum ni warna putih. Lepas apply dekat skin auto meresap dengan cepat ke dalam kulit hanya dengan satu sapuan je korang. Best!

Kebaikan Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle

1. Lighten pigmentation
2. Reduce acne & post acne mark
3. Reduce scar
4. For dehydrated skin
5. Reduce sunburn effect
6. Stretch mark

My Thoughts



Kesan dia pada kulit memang best! Okay pertama sekali yang Nora nampak selepas pakai serum ni kulit nampak lebih sihat dan glowing jadi sesuai sangat kalau nak pakai waktu pagi sebelum keluar, pakai sebelum makeup atau boleh je campurkan sekali dengan foundation korang. Mudah macam Nora anak kecik-kecik tak masa nak belek lama depan cermin.

Serum ni ada dua jenis size. 10ml dan 30ml. Nora punya ni 30ml. Actually ni packaging baru nampak lebih menarik.

Untuk dapatkan antioxidant serum ni korang boleh dapatkan melalui online dan juga offline di Shopee, Lazada, AA Pharmacy (KL, Selangor, Johor), Alpro Pharmacy (Pahang).


3 Comments

  1. iye la nora packaging ni nampak cantik dan botol dia akak suka la.. akak suka serum2 sekarang ni especially yg antioxidant. ada anti melasme lagi la best

    ReplyDelete
  2. Best pulak tgk ingredients dia, dari bahan Selamat. Tu yg penting sekali kan

    ReplyDelete
  3. best ni kak, saya pernah try 🥰

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿