DAIA MEMPERKENALKAN DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS
DAIA MEMPERKENALKAN DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS
Penyelesaian Inovatif bagi Mengawal Bau Peluh: Segar Untuk Hijab, Segar Untuk Keluarga!
Kebanyakan wanita Muslim di Malaysia memakai hijab. Hijab juga telah berkembang dari segi fungsi dan gaya dengan kehadiran trend fesyen hijab yang terkini. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, serta gelombang haba yang dialami di seluruh negara ketika ini menyebabkan kita berpeluh, tidak kira lelaki, wanita, atau kanak-kanak.
Dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, pemakaian hijab menjadi agak mencabar. Memandangkan pemakaian hijab melibatkan penutupan aurat sepanjang hari, terutamanya kepala, ia meningkatkan tahap kelembapan rambut, yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh.
Selain itu, peluh turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah gelisah, sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka.
Sebagai bukti komitmennya terhadap inovasi dan bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berevolusi, Daia, jenama pencuci pakaian memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, satu penyelesaian inovatif yangm enghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari.
Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bhd, Eliza Yanti berkata, “Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh akan terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busuk. Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan Kawalan Bau Peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari.”
“Sebagai jenama terkemuka di kalangan jenama pencuci pakaian premium berstandard tertinggi, kami komited untuk sentiasa memberi penyelesaian berinovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami. Dengan mengembangkan portfolio pencuci pakaian kami, kami dapat menembusi kategori pencuci pakaian khusus untuk hijab kerana kami menyedari adanya peningkatan permintaan untuk pencuci pakaian yang dirumus khas untuk memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka,” tambah beliau.
Daia Hijab All Day Freshness dengan formula terkini dengan Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh ketika dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal segar sepanjang hari. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair; yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan dalam rumah.
Daia Hijab All Day Freshness baharu dilancarkan hari ini di Malaysia oleh artis terkenal tempatan, Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.
“Dengan adanya pencuci pakaian yang sesuai untuk anda dan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan kerja mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab All Day Freshness. Ia membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan ia serba guna dan pilihan yang praktikal. Dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi. Jadi, saya tidak perlu membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersihan atau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci. Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. Percayalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini,” kata Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia.
Selain berkongsi pengalaman menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peminat.
Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan iaitu :
- RM26.90 untuk sebotol 3.8kg
- RM11.90 untuk pek isian semula 1.7kg
Serbuk Pencuci Pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan iaitu :
- RM5.95 untuk 750g
- RM15.90 untuk 2.3kg
- RM25.50 untuk 3.8kg
Produk ini boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.
0 Comments
✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿