Bersederhana Sambutan Aidil Adha Bersama Keluarga Kecil
Assalamualaikum dan salam rindu buat semua pembaca Monolog Tanpa Suara. Harapnya masih tidak lewat lagi Nora ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua kaum muslimin di seluruh dunia.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Tahun ini, Nora bersederhana kerana mak abah dan adik sambut raya Aidil Adha di rumah Nora. Kami masak macam biasa sekadar untuk kami sekeluarga. Berbeza kalau sambut di kampung rumah mak, pasti sibuk masak menu raya dan hantar ke rumah jiran-jiran dan sedara-mara.
Bila di bandar, siapa yang kita nak bagi kan, so tahun ni syukur dapat nikmati dengan keluarga kecil. Sebelah petangnya kami ke rumah abang Nora di Hulu Langat. Santuni adik beradik sebab kami tak ramai.
Macam mana cerita sambutan Aidil Adha korang? Pasti meriah dna ada yang jalani ibadah korban dengan penyembelihan lembu. Untuk keluarga Nora insyaAllah suatu hari nanti pasti ada untuk anak-anak kami. Niat kami suami isteri. Semoga Allah makbuklan. Amin.
2 Comments
salam aidiladha buat nora sekeluarga
ReplyDeleteSelamat hari raya aidil adha kak shah
Delete✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
✿Muacssssssss!!!✿