Sarapan Pagi Suasana Retro Suntik Nostalgia

Assalamualaikum salam kehijauan redup mata memandang.


Bagi warga Seremban atau kawasan sekitar yang terdekat teringin merasai pengalaman bersarapan dengan suasana  retro suntik nostalgia, korang boleh cuba ke sebuah kedai makan di Jalan Pantai, Seremban ini. Mereka yang dari Kuala Lumpur atau Selangor boleh exit ke Lekas laluan Mantin atau lebih dikenali highway seperti New Zealand.



Sebelum tu, nak jadikan cerita Nora boleh sampai ke sini sebab abang ipar sharing dorang pernah sarapan dekat kedai ni. Katanya dekat dengan rumah Nora. ya ya, rumah Nora memang dekat dengan exit highway Mantin yang korang cakap macam dekat New Zealand tu.

So, Nora datang ke sini kebetulan nak hantar mak abah pulang. Maklumlah Raya Aidil Adha kali ini mak abah beraya di rumah Nora. Rezeki dapat bawa mak dan abah sekali nikmati sarapan pagi suasana gamit kenangan.



Bagi Nora, sarapan pagi di sini rare dan gamit nostalgia. Dengan dekorasi dalaman ala-ala 'warung kampung' serta dihiasi pelbagai barangan vintage dan menu hidangan traditional membangkitkan mood sarapan yang berbeza berbanding kebiasaannya.


Dinamakan sebagai warung "Wak Lempeng" atau "Wak Lempeng Private Kitchen" menggamit nostalgia dengan suasana makan pagi di sini bakal membuatkan korang seperti berada di era sekitar zaman dulu-dulu.


Haaaa korang nampak tak vibes depan kedai pun dah macam zaman dulu-dulu. Nora suka sangat suasana macam ni. Nora sampai dalam pukul 9 lebih pagi, tempat memang agak terhad, tapi rezeki kami masih ada ruang kosong.

Jika singgah bersarapan di Wak Lempeng ni korang wajib mencuba menu sarapan klasik seperti lempeng cicah kari kambing atau gulai ayam, nasi ambeng, roti bakar arang atau nasi lemak dengan pilihan telur dadar, telur mata kerbau. Selain itu, korang boleh cuba lontong kuah lodeh atau lontong darat (kering ada serunding dan kuah kacang).


Tapi, Nora nak sangat cuba sarapan di sini sebab ada Kacang Pol. Memang kesukaan dan susah nak cari. Bagi Nora, Kacang Pol di Wak Lempeng ni kira not bad la even kuah dia rasa sedikit manis tapi, balance rasa tu bila perah limau. Haaa memang ummpphhh.


Makanan ini akan dihidangkan atas meja. Mereka hantar makanan guna dulang klasik tau. Means macam orang dulu-dulu hidang makanan. Air pula boleh order air korang nak dan tetapi air sedia ada yang korang boleh ambil sendiri seperti air kopi, teh tarik power dan nesscaffe.

Baca ini : Ayam Gepuk Paling Sedap


Waktu Operasi :

Buka bermula jam 8.30 pagi - 12.00 tengahari


Alamat : 

Lot 439A, Jalan Pantai, Batu 8 1/2, Kampung Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

 Korang boleh follow Tiktok Nora @ummizarra7731



@ummizarra7731 Nikmati sarapan pagi ala melayu klasik. Dengan suasana, menu dan perkakasan zaman dulu². Mengimbau kenangan sangat bila sarapan pagi di sini. @wakprivatekitchen #trendtiktok #viralditiktok #tiktokmalaysia #trendingvideo #fyp #sarapanpagi #kedaiviral ♬ Tari Tualang Tiga

3 Comments

  1. old school nya cafe ni , menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ana. Menarik even menu tak banyak tapi sarapan pagi kan santai-santai saja. Hehehe layan blues pn jadi.

      Delete
  2. Sesuai lah bagi mereka yang suka nostalgia dulu2 gitu...
    Cuya tak pernah merasa suasana mcm warung ni.

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿