Assalamualaikum...

Hari ini sebenarnya penat ya amat. Lesu, malas, sakit kepala semua ada. Tapi, masak tetap kena masak.



Selalunya anak Nora si kakak akan call tanya nak keluarkan apa masak apa. Tapi hari ini sebabkan Nora busy, kakak call Nora pun tak fokus. Makanya balik dari kerja semua benda kakak tak buat termasuklah masak nasi.

Dalam kata lemau sakit kepala gigihkan juga badan masak apa yang ada dan mudah. Selalu masak sambal, tapi sekali masak sardin kari sedap tau.

MASAK SARDIN KARI

Bahan-bahan

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Rempah 3 sekawan
  • Daun Kari
  • Cili Kering (blend)
  • Rempah kari ikan
  • Sardin Tin (any brand)
  • Santan
  • Asam Jawa
  • Cili Padi (optional)
  • Perasa

Cara-cara

Tumis bawang, halia, 3 sekawan sampai kuning. Masukkan cili kering kacau bagi cili masak kemudian masukkan rempah kari. Kacau dan tambah sedikit air. Kacau lagi sehingga benar-benar masak.

Masukkan asam jawa dan air. Kemudian masukkan cili dan sardin. Kacau kemudian masukkan perasa dan santan. Jika pekat tambah air dan rasakan cukup rasa.

Jadi malam ini memang makan menu ni saja. Cuma Nora adalah buat telur dadar dengan ulam petai. Apa yang penting encik suami betambah-tambah. Package pesan kalau kuah ada lebih simpan nanti boleh makan dengan roti puri.

Sebagai isteri jawabnya is BAIK. Hehehehe...

Ok jom layan video masak Nora sambil korang boleh follow akaun tiktok Nora.




@ummizarra7731 Hari yang amat letih dan sakit kepala. Penat malas pun kena masak untuk perut2 di rumah. Ok jomm masak kari sardin simple marvelous. #makanlokal #sardinkari #resepisardin #cookingtime #tiktokmalaysia #laguviral #wifearmy ♬ original sound - DayangSayangKamu

4 Comments

  1. wahh..terbaiklah. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah mmg sedap. Xpernah buat tp bila dah buat cm ketagih pulak. Kuah xhbs blh cicah lempeng or cucur. Hehehe

      Delete
  2. Wahh sedapp..lapar pulak pagi2 buta ni..hehe

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿