Assalamualaikum guys!!!

Musim durian kan? Macam biasa sementara rezeki nikmati raja buah kita nikmati. Bagi diri Nora, memang suka durian. Tak kisah durian tu jadi apa memang Nora suka. Lagi yang fresh-fresh. Kecuali aik krim durian, coklat durian atau durian tu dah campur macam-macam memang Nora tak boleh GO.

Ok, memandangkan musim dia memang stok tempoyak akan ada. Bukan saja tempoyak, lempok, durian frozen semua ada dalam freezer. Tempoyak ni dapat hat yang manis tu sedap wooo..

Pengalaman dengan durian, Masa Nora preegy anak 1st si kakak, memang hantu durian. Kebetulan musim dan rumah mak abah pula memang rimbun hasilnya. Bayangkan sarapan pagi pun jadi nak durian. Tengahari makan nasi panas dengan durian patahkan cabai ja. Sampai mak abah kata jangan sok keluar anak bau durian saja. Hahahah alhamdulillah ia tidak terjadi.



Ok jomlah try resepi Talapia Bakar Tempoyak. Nampak sedap menyelerakan.

RESEPI TALAPIA BAKAR TEMPOYAK

Bahan-bahan :

Cili padi
Kunyit hidup
Tempoyak
Ikan Talapia atau apa saja ikan ikut suka
Daun kunyit
Daun kesum
Bunga kantan
Petai (optinal)
Perasa
Garam
Gula

Cara-cara :

Blender cili dengan kunyit. Masukkan dalam kuali bagi hilang bau peda atau bau mentah. Masukkan tempoyak ikut sukatan korang sendiri. Buh sikit air kacau-kacau.

Kemudian masukkan garam, gula dan perasa. Cukup rasa semua boleh masukkan segala daun-daun pada bahan. Kacau sebati matikan api.

Sebelum nak bakar pastikan ikan tu dah buh kunyit dan garam. Lumur dengan tempoyak kita masak tadi dan jangan lupa buh petai baru sedap. Kemudian balutkan dengan daun pisang atau alaminium foil.


Bakar atas api atau boleh guna Air Fryer. Mana yang mudah je untuk korang.

Haaa jom layan tiktok Nora...


@ummizarra7731 Hye korang! Siapa geng suka masak dan makan simple2? Jom try Ikan Bakar Tempoyak. Baca resepi di www.ummizarra.com #statusharian #armywife #trendtiktok #cookingtime #cookingtiktok #resepisimple ♬ French music style, accordion, waltz - arachang

1 Comments

  1. Tudiaaaa...sedap nampaknya tu..resepi pun senang akak nak ajar cik abg akak ni makan tempoyak la..dia semua x makan...bandau bonar...

    ReplyDelete

✿Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog ini✿
✿Sangat dihargai dan insyaAllah kunjungan akan di balas✿
Muacssssssss!!!✿